Pengunjung terutama pada mereka yang menggemari aktiviti hiking merasai pengalaman baharu semasa menjejaki kawasan denai, pokok-pokok hutan, kawasan arboretum dan kawasan tadahan air.
Laluan jelajah yang baru dibangunkan pada tahun ini sesuai untuk pelbagai peringkat umur yang sukakan pengalaman suasana hutan dan ia juga sesuai buat mereka yang baru menceburi aktiviti hiking memandangkan jaraknya hanya 1.5 kilometer dengan tahap kesukaran yang sederhana.
Para pengunjung berpeluang mengenali lebih 400 spesies pokok hutan teal dengan jumlah pokok yang telah ditanam melebihi 95,000 batang pokok dengan keluasan 165 hektar.