Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


KESEJAHTERAAN WARGA EMAS TIDAK DISISIHKAN

Satu lawatan kerja oleh pegawai-pegawai kanan Jabatan Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah diadakan ke Pusat Penjagaan Warga Emas Komune Living and Wellness, Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur. Lawatan kerja ini diadakan bertujuan untuk mengenal pasti potensi kerjasama strategik, khususnya dalam usaha memperkasa penyertaan warga Wilayah Persekutuan dalam sektor penjagaan warga emas dan hospitaliti melalui penyediaan peluang pekerjaan yang bersesuaian.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dalam melaksanakan program pendayaupayaan golongan miskin bandar yang masih produktif, di samping meneliti model perkhidmatan penjagaan warga emas yang holistik dan berkualiti tinggi. Kunjungan ini turut mengukuhkan jalinan kerjasama antara JWP, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Putrajaya (PPj) dan pihak swasta, khususnya UOA Group Sdn. Bhd., melalui sokongan terhadap inisiatif Upaya@PUJI dalam merealisasikan Wilayah Persekutuan Bandar Sihat.