Telah berlangsung Program Bicara Psikologi disampaikan oleh Encik Gopal a/l Akambaram, Penolong Pengarah Unit Pengurusan Psikologi pada 3 Oktober 2025 bertempat di Auditorium JWP yang dihadiri oleh warga JWP. Progam Bicara Psikologi ini dianjurkan dengan kerjasama PUSPANITA Cawangan Kecil JWP
Objektif Bicara Psikologi ini bertujuan memberi pemahaman tentang definisi dan jenis-jenis keganasan rumah tangga. Di samping menjelaskan kesan psikologi kepada mangsa keganasan rumah tangga serta memberi panduan cara pencegahan, pengurusan dan saluran bantuan.
Turut hadir, YBhg. Datin Paulina Labo, Pengerusi Puspanita Cawangan Kecil JWP.