Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


JELAJAH DAPUR DIGITAL MELALUI KOLABORASI STRATEGIK TIGA PENJURU

Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) bersama Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS), pertubuhan di bawah Kementerian Perpaduan Negara sebagai rakan strategik pelaksana Program Usaha Jaya Insan (PUJI) diperluaskan lagi menerusi penyertaan terus peserta PUJI ke dalam Projek Dapur Digital Sri Kedah kelolaan perusahaan sosial Pepper Labs.

Kerjasama strategik tiga penjuru (JWP-MOF-KPN) ini diraikan melalui Program Jelajah Dapur Digital yang diadakan di Perumahan Awam Sri Kedah pada hari ini, 4 Oktober 2025.

Hasrat utama PUJI adalah untuk memperkasa warga Wilayah Persekutuan menerusi latihan peningkatan kemahiran dan program penjanaan pendapatan.

Menerusi Projek Dapur Digital Sri Kedah, peserta dan pengendali dapur digital berkenaan seterusnya berpeluang memanfaatkan premis berkenaan sebagai hub menjalankan perniagaan dan memperkasakan komuniti setempat. 

Program telah dirasmikan oleh YB Senator  Saraswathy, Timbalan Menteri Perpaduan dan turut diserikan dengan kehadiran YB Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Negara (JPNIN), para pegawai daripada Kementerian Perpaduan Negara, Jabatan Wilayah Persekutuan, Yayasan Sukarelawan Siswa, KRT PA Sri Kedah, para peserta dapur digital dan komuniti setempat.

Semoga inisiatif Dapur Digital ini terus maju ke hadapan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat di Wilayah Persekutuan.