MAJLIS MENANDATANGANI NOTA KERJASAMA JWP DAN SPRM PERKUKUH INTEGRITI WILAYAH PERSEKUTUAN
03 Februari 2026
YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) menyaksikan Majlis Menandatangani Nota Kerjasama antara Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang diwakili oleh YBhg. Datuk Seri Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah JWP, dan YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam bin Baki, Ketua Pesuruhjaya SPRM.
Nota Kerjasama ini bertujuan memperkukuh integriti, ketelusan, dan tadbir urus pentadbiran Wilayah Persekutuan melalui kerjasama strategik dalam aspek pencegahan, pengesanan, dan tindakan terhadap sebarang salah laku rasuah, selari dengan aspirasi Kerajaan MADANI.
Turut hadir ialah YBhg. Dato’ TPr. Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur; YBhg. Dato’ Haji Mohd Sakeri bin Abdul Kadir, Presiden Perbadanan Putrajaya; YBhg. Datin Paduka Rahilah binti Rahmat, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan; YBrs. Dr. Khairul Nizam bin Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu; dan YBrs. Encik Nik Ahmad Zahiruddin bin Nik Salleh, Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan bersama Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah JWP.