Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


ISTIADAT MENGHADAP & ISTIADAT PENGURNIAAN DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN 2026

Menjunjung kasih kepada KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan bagi tahun 2026 di Balairung Seri Istana Negara kepada 54 penerima sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang telah berlangsung pada 5 Februari 2026 (Khamis).

Pada istiadat pengurniaan kali ini, empat (4) orang dianugerahi Darjah Kebesaran Pangkat Kedua iaitu Seri Mahkota Wilayah (S.M.W) yang membawa gelaran Datuk Seri. Lima belas (15) individu pula dianugerahi Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W) yang membawa gelaran Datuk. Lima belas (15) individu dianugerahi Johan Mahkota Wilayah (J.M.W), enam (6) individu dianugerahi Kesatria Mahkota Wilayah (K.M.W), lima (5) individu dianugerahi Ahli Mahkota Wilayah (A.M.W) dan sembilan (9) individu dianugerahi Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (P.P.W).

Pada istiadat pengurniaan kali ini, mendahului penerima, YAA Datuk Seri Abu Bakar bin Jais, Presiden Mahkamah Rayuan, YAA Datuk Seri Hashim bin Hamzah, Hakim Besar Malaya, YBhg. Datuk Seri Azmie bin Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi dan YBhg. Datuk Seri TPr. Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur dikurniakan Darjah Seri Mahkota Wilayah (S.M.W) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Turut menerima Darjah Kebesaran P.M.W ialah YB Datuk Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi serta YBhg. Datuk Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (PSE) Jabatan Wilayah Persekutuan.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada penerima-penerima pingat hari ini di atas sumbangan bakti kepada Wilayah Persekutuan.