YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), memaklumkan bahawa 494 tapak kawasan hijau dan kawasan lapang di Kuala Lumpur kini boleh diakses oleh orang ramai melalui data terbuka, bagi memperkukuh ketelusan dan tadbir urus bandar.
Inisiatif ini selari dengan PPTGWP dan prinsip Malaysia MADANI, memastikan ruang hijau bandar dipelihara, dimanfaatkan, dan menyokong kesejahteraan warga kota.
Turut hadir semasa pengumuman ini ialah YBhg. Datuk Seri Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, YBhg. Datuk Seri TPr. Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan YBhg. Datin Paduka Rahilah binti Rahmat, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan.